Wednesday 17 April 2013


Punca dan tanda-tanda gangguan Jin Asyik

Bahayanya Jin Asyik.

Kebanyakan kes-kes gangguan Jin Asyik tidak disedari oleh pesakit walaupun telah terdapat tanda-tanda pada diri mereka. Ia hanya dikesan apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Darrus Sakinah, Ampang.

Punca dan tanda-tanda gangguan Jin Asyik antaranya adalah:

  • Pesakit sering mengadu sakit kepala
  • Selalu meninggalkan solat/susah untuk mengerjakan solat
  • Sukar untuk berzikir dan membaca Al-Quran
  • Perasaan was-was
  • Pesakit amat sensatif
  • Suka bersendirian
  • Merasakan dirinya sangat cantik/kacak
  • Adakala tak suka kepada pasangan
  • Hubungan tidak kekal atau selalu bertukar-tukar pasangan
  • Selalu bergaduh dengan pasangan/orang yang rapat dengannya
  • Tidak suka bercakap tetapi lebih banyak mendengar dan berkhayal
  • Jika bercakap selalunya perkara yang sia-sia/keterlaluan
  • Banyak tidur di siang hari dan sukar tidur di waktu malam
  • Mendedahkan aurat di dalam rumah. Kadang-kala ada yang bertelanjang di hadapan cermin sambil mengagumi tubuh badan sendiri. Tanpa pesakit sedari Jin Asyik memerhati setiap gerak-geri pesakit sehingga pesakit dirasuk
  • Terdapat tanda lebam terutama di peha, betis, tangan, perut, kemaluan dan sebagainya
  • Sakit yang sukar diubati seperti sakit kulit
  • Mandi/duduk dalam bilik air terlalu lama
  • Mandi di dalam bilik air atau kolam dalam keadaan bertelanjang
  • Ketika jaga adakalanya mendengar nafas, bisikan atau suara terutamanya ketika berbaring
  • Pesakit selalu dalam keadaan kena tindih
  • Tidur dalam keadaan bertelanjang/memakai boxer/berseluar pendek (tidak menutup aurat)
  • Tidak suka atau marah jika ada orang yang cuba menberi nasihat atau cuba mengubah cara hidupnya kepada yang lebih baik
  • Tidur bermimpi melihat seorang pemuda yang kacak/wanita yang cantik lalu diajak untuk berkahwin dan bersama
  • Bermimpi melakukan persetubuhan haram dengan pemuda/wanita berkenaan
  • Bermimpi bersama-sama anak-anak kecil yang kononnya adalah anak-anak hasil perkongsian mereka
  • Tempat tidur tidak berkemas dan apabila orang lain tolong kemaskan biasanya pesakit akan marah
  • Suka bergelap/bilik tidur bergelap.
  • Merasa takut sehingga tidur buka lampu
  • Nafsu yang kuat
  • Kuat ‘beronani’
  • Suka melihat dan membelai alat kemaluan, secara tidak sedar bahawa jin sedang berasmara dengannya
  • Merasa kagum dengan susuk badan/alat kemaluannya
  • Dan banyak lagi..

Seorang wanita yang saya rawat menceritakan bagaimana dia didatangi satu lembaga hitam yang besar berbulu mengampiri wanita tersebut. Lembaga hitam itu lalu menindih dan merogolnya, dalam keadaan itu, wanita tersebut tidak boleh bergerak, tidak boleh bersuara dan tidak boleh berbuat apa-apa. Apabila sedar didapati ada kesan basah dengan  lendir yang banyak  pada kainnya. Selepas kejadian itu, wanita tersebut merasa tidak selesa dan peristiwa tersebut sering menghantui pikirannya.

Jangan terperanjat kepada golongan lelaki/perempuan!! Sudah banyak kes-kes yang saya rawat, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka ini diganggu Jin Asyik yang kronik.

Apabila saya berdialog dengan Jin Asyik, “kenapa kamu datang mengganggu pesakit ini?” Jawabnya, “pesakit ini adalah kekasih aku… jangan kau campur urusan aku!!” “Kenapa anda suka kepada dia?” Jawabnya, “dia yang suka kepada aku… dia suka memakai boxer… aku suka melihat dia pakai boxer… melihat tubuh badan dia… mengagumi tubuh badan dia… dia membuka aurat… dia yang memanggil aku… aku suka dia…”


SIHIR PEMISAH


SIHIR PEMISAH ATAU PEMBENCI

Pengenalan

Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Perpisahakan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan. Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.

Sihir jenis ini juga boleh memisahkan anak dengan ibu, anak dengan bapa, adik-beradik, di antara teman, rakan syarikat perniagaan dan lain-lainnya. Perpisahan di antara pasangan suami isteri paling bahaya dan banyak berlaku.Nama ibu perlu disebut jelas kerana tidak mahu sihir yang ditujukan kepada individu tertentu itu tersalah sasaran. Nama bapa tersebut tidak semestinya membuktikan bahawa orang berkenaan benar-benar anak kepada nama lelaki (bapa) yang disebut tadi, mungkin dia hanya anak angkat. Sebutan nama disertakan dengan nama ibu adalah lebih tepat atau pasti kerana orang yang berkenaan tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan lahir daripada perut ibu.

Sihir jenis ini boleh menyebabkan timbulnya rasa benci yang bersangatan dengan tiba-tiba, berlaku syak-wasangka tidak boleh bertolak ansur, menyebabkan berlakunya perselisihan faham biarpun atas sebab-sebab yang kecil.

Sihir juga menyebabkan berlakunya perubahan rupa suami pada mata isteri atau sebaliknya. Suami akan melihat isterinya dengan pandangan yang menyakitkan hati lagi hodoh. Biarpun isterinya cantik.


PuncaDalam masyarakat Melayu, tukang-tukang sihir selalunya akan meminta nama pasangan yang terlibat berserta nama ibu masing-masing, juga bahan-bahan tertentu, seperti gambar, baju, kain, seluar dalam atau apa jenis pakaian yang telah dipakai.

Sekiranya bahan-bahan yang diperlukan itu tidak didapati, tukang sihir berkenaan akan melakukan sihir dengan menggunakan kalimah-kalimah sihir dan disuruh agar air yang dijampi tadi dituang di tempat laluannya, menyebabkannya terkena sihir apabila dia melangkahnya. Bahan air tadi boleh juga dimasukkan dalam makanan atau minuman.

Simptom
Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:
1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiaya isteri atau sebaliknya.

4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.

5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. ( seperti melihat muka pucat seperti mayat / seperti terpandang wajah tengkorak / binatang / nenek tua dll) Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang ia telah melafazkan cerai, padahal ia tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal di antara suami dan isteri.


Ilmu pembenci ini jelas ditegah oleh Islam. Firman Allah (Surah aI-Baqarah ayat 102);





“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.