Monday, 21 August 2017

Thursday, 3 August 2017

Produk Terbaru Daripada Al-Jir Enterprise: Sabun Daun Bidara Ekstrak Limau Purut

SABUN DAUN BIDARA EKSTRAK LIMAU PURUT.
Selain sabun kecantikan,sabun ini boleh diguna untuk tujuan rawatan penyakit rohani dan jasmani.

Tuesday, 24 September 2013

Photo: Assalamualaikum,
Rawatan bulanan akan diadakan pada 29hb.september.2013 bersamaan hari ahad bertempat di Felda Kota gelanggi 2 Jerantut Pahang.Bagi sesiapa yang ada masalah Gangguan makhluk halus ,sakit rohani dan jasmani,ingin hendak membuat rawatan, boleh lah datang untuk buat rawatan,Waktu Rawatan dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang.Sebarang pertanya boleh hubungi Cik Yon Tel 0105702413 atau Puan Nurul Tel 0192658262.Insyallah dengan Izin Allah.
Email: iperubatanislam@gmail.com



Assalamualaikum,

Rawatan bulanan Pusat Rawatan Islam DarusSakinah akan diadakan pada 29/9/2013  bersamaan pada hari Ahad,bertempat di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut Pahang.Bagi sesiapa yang ada mempunyai masalah berhubung dengan Gangguan makhluk halus,saka,sihir,santau,masalah rumahtangga,sakit rohani dan jasmani.Sekiranya ingin hendak membuat rawatan boleh lah datang  di No,47 Felda Kota Gelanggi 2 Jerantut Pahang.Kerana selepas selesai sesi  rawatan di Kota Gelanggi, Team Darussakinah akan bertolak ke Ulu Tembeling atas jemputan satu keluarga untuk merawat seorang pesakit mesteri.

Waktu Rawatan:
10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Tel: 0105702413 (Cik Yon) atau 0192658262 (Puan Nurul)
Email: iperubatanislam@gmail.com.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya"
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

















Wednesday, 18 September 2013

Pengasas Pusat Rawatan DarusSakinah

                             
                                                                Ustaz Shamsul Manab
                                                         (Pengasas Perubatan Islam DarusSakinah)       
                                                      

Tuesday, 17 September 2013

 
 Program2 yg dijalankan  di Pusat Rawatan Darussakinah:
- Jemputan Rawatan ke rumah./ Hospital
- Rawatan bulanan di Jerantut Pahang / Triang Temerloh
- Rawatan Pagar rumah / Pejabat.
- Scan Penyakit / Rawatan
- Bekam
- Urut Pulih saraf / Rendaman Ais Batu
- kaunseling
- Prodak2  berasaskan sunnah

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tel: Pejabat-013 2803540 / Puan Nurul:Tel 0192658262
Email : iperubatanislam@gmail.com.
Atau datang terus ke alamat:
No 17,Jalan 11,Taman Putra (berhadapan Surau An- Nuriah) 68000, Ampang Selangor.

Sunday, 25 August 2013


SIHIR PEMISAH ATAU PEMBENCI

Pengenalan

Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Perpisahakan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan. Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.

Sihir jenis ini juga boleh memisahkan anak dengan ibu, anak dengan bapa, adik-beradik, di antara teman, rakan syarikat perniagaan dan lain-lainnya. Perpisahan di antara pasangan suami isteri paling bahaya dan banyak berlaku.Nama ibu perlu disebut jelas kerana tidak mahu sihir yang ditujukan kepada individu tertentu itu tersalah sasaran. Nama bapa tersebut tidak semestinya membuktikan bahawa orang berkenaan benar-benar anak kepada nama lelaki (bapa) yang disebut tadi, mungkin dia hanya anak angkat. Sebutan nama disertakan dengan nama ibu adalah lebih tepat atau pasti kerana orang yang berkenaan tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan lahir daripada perut ibu.

Sihir jenis ini boleh menyebabkan timbulnya rasa benci yang bersangatan dengan tiba-tiba, berlaku syak-wasangka tidak boleh bertolak ansur, menyebabkan berlakunya perselisihan faham biarpun atas sebab-sebab yang kecil.

Sihir juga menyebabkan berlakunya perubahan rupa suami pada mata isteri atau sebaliknya. Suami akan melihat isterinya dengan pandangan yang menyakitkan hati lagi hodoh. Biarpun isterinya cantik.


PuncaDalam masyarakat Melayu, tukang-tukang sihir selalunya akan meminta nama pasangan yang terlibat berserta nama ibu masing-masing, juga bahan-bahan tertentu, seperti gambar, baju, kain, seluar dalam atau apa jenis pakaian yang telah dipakai.

Sekiranya bahan-bahan yang diperlukan itu tidak didapati, tukang sihir berkenaan akan melakukan sihir dengan menggunakan kalimah-kalimah sihir dan disuruh agar air yang dijampi tadi dituang di tempat laluannya, menyebabkannya terkena sihir apabila dia melangkahnya. Bahan air tadi boleh juga dimasukkan dalam makanan atau minuman.

Simptom
 Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:
1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiaya isteri atau sebaliknya.

4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.

5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. ( seperti melihat muka pucat seperti mayat / seperti terpandang wajah tengkorak / binatang / nenek tua dll) Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang ia telah melafazkan cerai, padahal ia tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal di antara suami dan isteri.


Ilmu pembenci ini jelas ditegah oleh Islam. Firman Allah (Surah aI-Baqarah ayat 102);





“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.